assalammualaikum...
apa khabar? sy nk kongsikan berkenaan pengalaman sy melawat kenalan yg kematian si suami. biar sy bahasakan si isteri dgn nama kak ya dan arwah pula abg zul. mengenali mereka, meraka pasangan yg sgt lovely. diorang sgt sweet. ada ketika bila sy balik kerja lambat, sy melihat mereka saling menunggu. mentang2 tempat kerja sebelah2. klu kak ya da mkn kat umah pun, bila abg zul ajak mkn, dia ikut jugak. mereka org muar. sy ingat lagi awal perkenalan sy dgn pasangan tu. bila mereka tau ada org muar, mereka nk tau siapa sy. en habibi yg kenalkan. mereka sporting. xpernah buat sy rasa rimas. sikit pun.
antara yg buat sy rasa mereka sweet is mereka balik muar naik moto! bukan xda kereta tp xtaula knp pilih moto sbg kenderaan utama. kak asnah tanya - xsakit pinggang ke? sy xda jawapan. hehehe... bila diberitahu yg abg zul meninggal dunia, sy terdiam. cuba mengingat setiap nama abg zul yg sy pernah kenal sepanjang sy jadi orang simpang. saril ulang lagi yg abg zul da xda. sy terkejut. baru 2 mgu sudah sy jumpa dia. seingat sy, masa sy balik jumaat lepas pun mcm ada jumpa dia. tp sy ingat2 lupa. sy sgt terkejut bila dikhabarkn pemergian arwah. innalillah...
bila berjumpa kak ya ptg tu, kami berpelukan. dia sebak. xsanggup sy dgr esak dia. dia kehilangan. dia kelihatan cukup tabah tp dia mengaku yg dia xkuat. dia kata lagi dia masih perlukan arwah. dia kata juga yg dia sygkn arwah. Allah, kak ya... sekejap2 ceritanya disulankan dgn genang air mata. sy mengusap paha kak ya. berat dugaan yg dia tanggung. akak da xnk duduk simpang lagi. byk sgt kenangan dgn arwah kat sana. sy membayangkn bila kak ya nk tido, da xda teman sebantal dia. mesti dia xtido. mesti dia menangis, kan? kak ya juga ckp, 23 thn hidup bersama tp dia pergi sekelip mata je... sy tau, kemana dia pergi akan ada wajah2 arwah. sehingga ke hari ni, sy juga masih terasa hiba bila mengenangkn kak ya. sy belum pernah merasakan kehilangan org terdekat. klu itu berlaku, sy mmg xmampu halang. sy faham akan istilah ajal maut di tangan Allah swt. andai itu terjadi, kuatknlah sy...
al-fatihah untuk arwah abg zul. semoga dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama golongan orang beriman.
No comments:
Post a Comment
well, sila-silakanlah