Total Pageviews

Friday, December 30, 2011

sayonara

assalammualaikum...

suasana suram skrg sgt terasa. sgt2 terasa. seawal pagi, sy melayankan markah2 pb dgn pam yang masih belum habis di key in. xtaula mana sleknya kali ni sgt lambat semuanya berjalan. pelatih dgn hal masing2 kat luar nu. tiba2 sy dpt panggilan kak ani. malunya rasa sbb niat sy nk kol kak ani dr hari ke hari tp xjadi2... tujuannya mmg nk maklumkan perpindahan sy tu je. malunya lagi bila kak ani dpt maklumat drpd org lain dan dia direct pada kita pula. arhhh malunya... tapi sy faham yg kak ani faham sy. terima kasih kak.
kak ani, sy pernah menangis kat dia. waktu tu sy terlalu muda utk jadi cikgu. sy pun bukan manusia yg kental mentalnya. sy mudah sgt terasa. mujur ada kak ani support sy. berbual dgn kak ani tadi mengusik hati sy. sedangkan dekat tak berjumpa, xbercakap lagikan da jauh?... bergenang air mata sy. hujung perbualan sy byk mendiamkan diri sbb xnk ada getar pada suara sy. akhirnya semua sy em kan aje. sy tau sgt kak ani. klu dia dgr tu, mesti dia pun banjir jugak. susah la klu kita bgtau kita nk pindah. tp klu xdibgtau, nnt lagi dimarah. em...

cepat2 sy kesat air mata. takut dilihat pelatih2. arini pun ari terakhir dengan diorang. diorang ckp kitorang last, cikgu pun last. sy senyum je... kak ila, iran garuda sy-jahat mulut aku- kata nnt rindu kat cikgu. em, yela~~~ sy tak ttau nk bls apa, nk ckp apa pada setiap pernyataan drpd mereka. apa reaksi yg sepatutnya? tp klu sepatutnya, baik ke? gembira ke? memalukan x?... mcm2 dalam fikiran sy skrg ni.

sy akur setiap yg bermula, ada akhirnya. setiap yg pertemuan ada perpisahan. dlm pahit ada manis dan sebaliknya. lumrah kitaran kehidupan sememangnya mcm tu. dariawal ini yg sy nk tp bukan ending yg mcm ni. dan sebagai manusia biasa sy tak mampu pilih ending yg mcm mana sy nk. sy akan rindukan semuanya. sy pernah terfikir bila kompem sy disuruh pindah. sy teringatkn muna. muna jiran sy. knp baru je knl muna da kena tinggalkan dia? ingatkan nk jadikan muna sebagai kawan tp ... tiba2 memori dulu2 semua dtg balik. sy ingat lagi 'bau' ari pertama sy masa sy dtg simpang renggam... sy ingat lagi reaksi org2 yg sambut kedatangan sy masa ari pertama sy. sy ingat lagi bila ayah kenalkan sy sbg along pada mereka. sy ingat. semuanya sy ingat tp nnt sy sedih. oh, sy xmampu nk teruskan lagi semuanya. sebak dlm dada.

pb dgn pam ada kat sebelah menunggu nk di key in. sampai jumpa lagi...

Wednesday, December 7, 2011

perlila~~~

Sy : dik, motor awk ni xcukup kuat. Apa kata awk anta bengkel, pastu awk suh pomen tu bikin kasi kuat lagi. Dengar satu taman pun bole...

Adik : ....

Esoknya...

Mak adik : eh, ngko ke yang suh anak aku kuatkan bunyi motor dia?

Saya : ha ah - sambil buat muka selamba radak...

Mak adik : apasal pandai-pandai suruh anak orang buat tu ini? Dia buat tu semua pakai duit dia, xsusahkan orang pun. Duit aku pun dia xminta.

Saya : sebab sy tau dia pakai duit diala sy suruh dia kuatkan lagi bunyi. Sian sy tgk dia preng2 motor depan umah sy. Sy fikir dia xdengar bunyi motor dia, sy pun suruhla dia anta buat bengkel. Sy sokong dia buat bising depan umah sy. Sy, benda2 mcm ni mmg bagi galakan. mungkin xda sokongan moralkan. sy bukan apa, suka tgk semangat budak2 mcm ni. ...

Mak adik : ko xpayah nk perli2 akulah...

Sy : mana ada perli. Muka sy ni muka perli org ke? Sy xphmla manusia ni. Klu kita kata jgn buat, lagi dia buat. Bila disokong, kata perli pulak....

Mak budak : ngko tunggulah nnt!

Tiba-tiba je mata sy jadi segar, mcm ni


Assalammualaikum,


hihi...

Kan bagus klu sy boleh bahasakan mak adik td dgn adik tu (anak dia) mcm dialog kat atas nu. tp sy tau, sy hanya mampu berangan je. Kwang kwang kwang... sesetengah org ni, sgt paham klu kita perli dia. Teringat sy kata2 kak cha, xgado, tapi hati sakit. Gara-gara perlila... hahaha... perli - lembut, baik, indah bahasanya tp pedas makna tersiratnya. Perli ni bagusnya sebab secara xlangsung pihak yg kita tujukan dia tu boleh phm maksud kita (untung klu dia paham, klu x? Sendiri mau ingatla) sy pun kerap jugak perli pelatih2 sy. Nk marah, xmampu. Umur da besar2. Tau malu, touching, xblh kena tegur, status mak2 pulak, bajet diorang ni betul sentiasa, so perli saja jawabnya. (tapi untung sy kali ni mak2 ni semua sporting morting)

Kak cha : cikgu, kerusi sy tu klu kat tempat sy, sy xletak belakang, xmarah kan? Xapa2 ek?...

Cikgu : x marah... (perli)

Kak cha : wah, xmarah dia mcm marah je...

Cikgu : hihi (tapi dia xnampak sy ketawa)

Bestnya klu apa yg kita pendam tu terluah. Yang bucuk2 tu xmo sy simpan dalam dada. Buat sakit hati. Mmg hati sy sakit bila ingatkan isi2 penting sebab musabab sy sakit hati. Sy xsuka! Betul2 sy xsuka. Xsabar nk tinggalkan semua ni. Hurm... tapi bila?

Tapi, even xsuka sy melangit pun, sy boleh lupa tu semua bila sy duduk dgn pelatih2 sy. Seronok duduk buang masa dgn diorang. Mmg xrasa bazirla klu buang masa dgn diorang. Hihi ... eh, ni xperli tau. Siyes beb! Em, ikhlas jgn ckp2 kan?... hehehe...

All my trainee, see u tomorrow. Sayonara J

Tuesday, December 6, 2011

xrindu ckp rindu

tiba2 sy rindukan dia
sy rindukan dia lepas sy mimpikan dia semalaman
sepanjang mainan tidur tu menghiasi tidur sy
sepanjang tu jugakla dia jd pelakon utama dlm mimpi sy
bila sy bangun tidur, sy senyum
oh, sy semakin rindukan dialah skrg ni
dalam kesibukan sy,
sy akui, sy semakin menjauhi diri daripada mengingati tapi
tau ke dia sy hampir lupakan dia dan dia dtg balik utk ingatkan sy untuk ingat dia...
berdebarnya sy...

Tuesday, November 22, 2011

tentang perasaanku

aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu
inginku gapai bulan dan kupetik bintang
inginku berikan semua hanya untukmu
agar kau tau besarnya cintaku kepada dirimu
inginku kau tau tentang perasaanku
kuingin kau tau besar cinta padamu
inginku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati



Sunday, November 20, 2011

doa untukmu sayang

jakpa,

ni untuk awak. sy tau awak xtau sy buat ni sbb tu sy buat ni :)

kau mau aku apa, pasti aku berikan
kau minta apa, akan kuturuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu, sayang
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami disurga nanti
tahukah kamu apa yang kupinta
disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

...


Thursday, November 17, 2011

assalammualaikum...

100 soalan

apa pun xsiap lagi ni... knp diorang ni mcm menyalahgunakan kuasa eh? eh, sy salah ckp eh? ye, kat atas tu mmg betul, 'homework' yg kena setel, xboleh kata tidak. tapi kenapa awk rasa awk mcm besar then suka2 hati awk order tu, order ni, then ask tu ask ni, sesedap mulut bercakap. xpun sesedap awk merasa mee bandung yg mak sy masak?... knp nk bagi keja tu xtanya dulu tentang keja yg sedia ada, siap ke? bila nk anta? byk lagi ke? apa, bajet semua professional xpyh tanya2, sy bg awk amek, awk kena buat!!! haiyo, jgn kerana awk besar, awk boleh campak semua yg entah apa2 tu pada sy ye?... sy tau sini bukan medium yg betul untuk meluahkan perasaan sy tp ini saja yg sy mampu. kadang2 sy rasa penat yg amat. tau x, penat? tp awk tau?... awk xnk amek tau... knp? sbb pada awk tu bukanlah masalah awk... sy xsuka klu keja2 awk, awk bg sy awk kata tugasan sy. amboi. abeh tugasan hakiki sy, mcm mana? sy blh bg kat sapa eh? xdakan?... baik gajikan sy atas nama jawatan lain. jgn panggil sy cikgu. sy mcm fed upla... sy xsuka suma ni... jgnla buat sy fikir sy ni buat keja semata buat saja. sy xnk mcm tu... sy ada 20 orang pelatih yg nk kena fikir setiap satunya. jgnlah tambahkan yg bukan ada kena mengena dgn sy. sy tau, klu xda tu mgkin sy xda keja. nope. jgnlah kata sy xda keja sbb setiap pelatih sy ada ceritanya. sy pernah diberitahu, pelatih is our customer so pamper our pelatih sebaiknya. pelatih xda sapa2 kat sini. dia mengharapkan cikgu dia as mentor, penasihat, guiden, atau yg sebagainya. abes, klu cikgu xtolong diorang, then timbul masalah sapa nk awab? semua akan patah balik pada sy!!! pls la, minta sgt jasa baik semua pihak, fikirkan sama2 semua ni. biarkan keja2 semua berjalan dgn lancar. awk senang, sy pun senang. awk kan nk kera sama dgn sy so berbaik2 la dgn sy. jgn sy ilang sabar, sy pindah nnt awk yg terkontang kanting. ni semua nk pindah je ni... sy belum nk pindah sbb sy masih sygkn tempat ni... klu sy pindah bukan sbb sy xsyg sudah tempat ni tp sbb awk fullstop

Wednesday, November 2, 2011

:/

Assalammualaikum...

em, tertitis airmata perempuan sy bila baca mesej jakpa tadi. sedih sgt2... tapi, redha jelah. xda bendalah-kata kak cha... :) yes kak cha, chill!!!

sy masih dlm demam tp knp sy perasan yg sy mcm xdemam? ni gara2 rajin mkn ubatlah ni... alhamdulillah, klu sy da sihat tukan perkara yg baik. sy kena ingat, byk kerja yg tgh menunggu nk disiapkan. kerja2 tu bagai memanggil2 je nama sy ni. haih, seram pulak buat ayat mcm ni. hehehe...

tadi, sy membaca semula entri2 yg pernah sy post. mcm2 perasaan, mcm2 tanda tanya. ada sesetengahnya membuatkan sy seperti -ei malunyew~~~
sy : ewww???
sy jugak : ala, suka2 jewww
sy lagi : cubala ko ckp mcm tu klu ko tulis mcm tu!
(lakonan semula-sekadar teguran sampingan utk mereka yg suka ew-ew ni)

ada juga entri yg buat sy rasa mcm -menyesal la... tapi nk buat mcm mana, benda da jadi. buat iktibar je...

p/s - jaga mulut, jaga mata, jaga hati

Saturday, October 29, 2011

:')

Assalammualaikum

sy xtau sampai bila hari sy yang suram ni, kelam, murung, x berwarna akan berlarutan. tapi, terima kasih untuk semua kata2 semangat bila sy asyik berfikiran negatif.

apa dah jadi dengan diri sy sebenarnya? sy dirasuk ke? ataupun memang perasaan sy yang mengatakan apalah nasib badan ni? seronok dengar adik2 ketawa sakansedang sy, da cakap sekali kena ulang balik. klu ini berterusan, mcm mana sy nk berdepan dgn org ramai? tuntutan kerja je dah mcm tu. tu baru berdepan, belum kata bercakap lagi...

klu dulu, sy xelok pun sy xpeduli kerana pada sy apalah sangat semua ni asalkan orang faham bila sy bercakap. tapi skrg, orang memang x faham bila sy ckp!!! Allahuakhbar...

skrg, sy xmampu nk menyanyi. memang, apa yg sy lalu ni belum berakhir.. sy xfaham kenapa kepala ni asyik nk fikir segala mcm yg negatif tentang keputusan yg sy sendiri da buat. bila sy baring, sy pandang siling satu suara kata mungkin ini masanya untuk mula suatu yg baru. satu suara lain kata, selambat ni baru nk mula?apa yg nk dimulakan dgn selambat ini? dulu, sebelum semua ni sy bersyukur sebab sy tau masih ada yg lebih kurang elok drpd sy. skrg ni pun sy xla teruk mana. mereka yg dulu kurang elok pun tetap kurang elok tapi sy lemah. sangat lemah. perasaan sy lemah. serba serbi lemah. akal skrg ni fikirnya nk yg negatif je... ,

tapi bila mengingatkan teman sebilik - xdalah sebilik sgt- bilik yg besar, banyak katilnya - kuat sy sekejap je. selebihnya? xtau mana pergi dah. sy melihat dia menulis. mengisi kekosongan masa yg ada mungkin. lama da dia kat sana. hampir sebulan ketika sy baru je 'check in' wad tu. sy pun ada byk masa terluang tp sy xda pen dan kertas, laptop sy, jauh sekali... keadaan dia lagilah dasyat drpd sy. nauzubillah... klu sy katakan tidur kat hospital xlena, tapi bila mak bgtau kulit dia disiat demi nk ditampal pada bahagian badan yg lain, masakan tidurnya juga boleh lena? patutlah bila sy tanya dia da mandi atau belum, dia tanya sy balik, mcm ni nk mandi mcm mana?...

mak pula, dia lemah bila anak2 dia lemah. maafkan along. along xda niat buat semua ni. along xsengaja...

-sy tulis ni bila sy da selamat sampai di rumah. sy sgt sedih petang tu. sy melayan perasaan sendiri. lepas sy rasa sedikit lega, baru tgn ni tergerak nk menulis. nk update blog awal, line internet x memuaskan pula. baru nilah berkesempatan. skrg, semuanya ok. sy boleh berckp. xpayah nk ulang2. sy lebih berkeyakinan skrg. sy da blh menyanyi. perkara yg paling sy suka. terima kasih keluarga. terima kasih Allah...

Thursday, October 20, 2011

semarak Johor 2011



Assalammualaikum...

here, wajah2 kenangan :)
seronok x tengok diorang ni? klu yg tengok je pun seronok, lagilah yg diorang2 ni... memang beronok-ronok belaka ni... gambar ni diambil ketika pentas masih dlm proses nk cantik2 letak bunga2 dan para pokok. since esoknya da x terlibat, posing dulu sebelum balik...

seronok main benda. mcm terkena kejutan elektrik. klu ada buzz dia, garenti terkejut. masa main uji minda ni, adalah beberapa pengunjung yg tertarik tgk kitorang main. depa pun nk cuba juga... yg xcuba tu tgk jugak tapi tgk muka mcm nk try je. suh try, malu2 pulak... haih

muna khusyuk baca. muna baca apa ntah. tapi klu x baca pun mgkin tgk2 gambar. gerun tgk koleksi gambar2 masa zaman komunis2 ni. yg kena seksa, yg serah diri, yg khianat, suma ada. syukur kita da aman...

kak cha baca siap tunjuk2 lagi... hehehe

jaga kat mana? hahaha...
yelah, jaga pun jaga la...
malas nk cakap byk...

baru je lepas set up booth. 'seronok' tau? dgn panasnya. dgn hausnya... lalalala

sesi menunjuk2 kat orang cara melipat bunga ros daripada reben... tunjuk, jgn xtunjuk... :)

kak ros tgh tunjuk kat pelajar2 pratikal buat bunga ros. bunga ros ni kena jadikan bunga dulu baru boleh masuk lubang kain... cara bentuk dia mcm bentuk bunga ros guna straw. masih ingat zaman bunga straw?...
kak ros : jgn lilit kat jari suda...


Wednesday, October 19, 2011

diari hatiku

Assalammualaikum...

skrg sebenarnya late already tp xtau kenapa mata xnk mengantuk. tula dia, penangan vto. klu semlm tu xtido, start the next day mmg agak payah sikit la nk tido... badan pun mmg agak penat sebenarnya dengan melayankan baju nikah pida, baju brides maid lagi... hurm...

sebenarnya sy nk share kisah sy semasa verifikasi vto sy yg pertama. apa yg sy expect drpd program tu eh? sy mmg buat apa yg sepatutnya tp dalam menjalani tu semua ada sesuatu yg berlaku. keadaan x seperti sebelumnya. seperti ada sesuatu yg terhalang. seperti sy bukan diri sy. apa semua ni? perjumpaan utk beberapa hari ni mungkin hanya dihargai oleh org2 mcm sy, maisarah, kak adda dgn kak su? others? entahlah diorang tu. sy tertanya2 knp klu mereka boleh jd sampai mcm tu sekali? atau diorang mmg sebegitu?

tu semua bukanlah masalah sy sebenarnya tapi sy xboleh hentikan diri sy drpd terus memikirkan semua ni. sy sgt2 sygkan semua ni. sy sayangkan kenangan yg kita da create. kenapa seperti org asing?

hurm, sy xsengaja nk mengeluh tapi sy kepenatan. penat sgt2... sy nk berehat. esok, perjalanan sy jauh. dan seterusnya. byk yg sy nk kejarkan. move forward dear.

selamat malam :(

kisah kita

I used to think one day we'd tell the story of us,
How we met and the sparks flew instantly,
People would say, "They're the lucky ones."
I used to know my place was a spot next to you,
Now I'm searching the room for an empty seat,
'Cause lately I don't even know what page you're on.
Oh, a simple complication, Miscommunications lead to fall-out.
So many things that I wish you knew,
So many walls that I can't break through.
Now I'm standing alone in a crowded room and we're not speaking,
And I'm dying to know is it killing you like it's killing me, yeah?
I don't know what to say, since the twist of fate when it all broke down,
And the story of us looks a lot like a tragedy now.

Next chapter.

How'd we end up this way?
See me nervously pulling at my clothes and trying to look busy,
And you're doing your best to avoid me.
I'm starting to think one day I'll tell the story of us,
How I was losing my mind when I saw you here,
But you held your pride like you should've held me.
Oh, I'm scared to see the ending,
Why are we pretending this is nothing?
I'd tell you I miss you but I don't know how,
I've never heard silence quite this loud.
This is looking like a contest,
Of who can act like they care less,
But I liked it better when you were on my side.
The battle's in your hands now,
But I would lay my armor down If you said you'd rather love than fight.
So many things that you wished I knew,
But the story of us might be ending soon.
I don't know what to say, since the twist of fate when it all broke down,
And the story of us looks a lot like a tragedy now, now, now.
And we're not speaking,
And I'm dying to know is it killing you like it's killing me, yeah?
I don't know what to say, since the twist of fate 'cause we're going down,
And the story of us looks a lot like a tragedy now.

The end.

Monday, October 17, 2011

kisah dengan MT

Assalammualaikum...

hehe sy sangat seronok arini. sy seronok selepas sy siap present amali pagi td. rasa lega yg amat. masa minum pagi td, en bad bertanyakan sama ada semuanya ok atau tidak. sy jawab, tanya saja pada en nafsi. hehehe... melampaukan jawapan mcm tu? xsengajalah sy... gara2 terlalu excited. bila seawal pagi yg lepasnya beberapa orang sahajaa, mmg beberapa org tu lah yg mendapat perhatian. tapi jawapannya apa tau? da... belum... tu je... eden loga!!! jerit sy tadi tp cikgu usop kata rosak bahasa aku. hahaha :)

en bad offer pada sy sekali lagi berkenaan offer dia yg dulu. sy semakin teruja. entah apa yg en nasfi bgtau kat en bad pun xtaula sy. tp mmg sy betul2 nk joint mereka. sy xtau knp sy sgt2 teruja utk itu. tgknya mcm berjalan, ajar org, tanda2 kertas, mungkin nampak senang. tapi mungkin juga susah bila kita xtau apa disebalik semuanya itu. kita xberapa nk nampak bila kena tinggalkan keluarga jauh2 selama berminggu2 lamanya. bergerak kesana kesini. menjawab pertanyaan yg mencabar minda. dan sebagainya...

tapi bila mengenangkan yg assingment pun ntah apa-apa, perasaan yg dulu meluap2 jadi hambar je skrg ni. kerja yg semakin bertambah hampir membuatkan sy lupa antara cita-cita baru sy. terasa malu pulak kat muka sy ni. tapi xpala, buat je apa yg boleh dan termampu. usaha tetap usaha...

tiba2 en nasfi kata nk umumkan markah kita semua. masa present sy lebih 3 minit... xpala, 3 minit je. janji 'pelatih-pelatih' sy faham apa yg diorg kena buat! tu mmg prinsip sy. alhamdulillah bila usaha membuahkan hasil. thanx Allah, thanx maisarah. semuanya dipermudahkan. see... untunglah sy ada maisarah, tp maisarah, untung x dia ada sy? weeek... tapi series beb, biar sy bocor rahsia. kerja sy dipermudahkan Allah bila Allah hantar maisarah utk tolong dan teman sy. maisarah oh maisarah... xsangka awk ada kelebihan bercakap dengan air cond... ekekeke

bila disebutkan markah sy, jd malu pulak sy ni... usaha kena lebih lagi ni... ingat pesan en nasfi - banyak lagi nk kena buat tu cikgu~~~ yela, sy buat lepas sy siap entri sy ni ye... ahahaha... haih, wake upla za'imah. apa g awk nk? ingat pesak en kusyaimir, -pegang cita2 cikgu tu... jap lagi atau bila2 masa terdekat ni kena contact en nasfi untuk minta apa2 keperluan utk joint MT.

Gud luck for me :)
assalammualaikum...

sy suka menyanyi. pernah bila mana sy xdpt buat apa yg sy suka sgt nk buat. bila sapa2 tanya along da bgn ke? sorang lagi menjawab, ko xdgr dia da nyanyi2 dlm bilik air?... well skrg sy da blh buat balik benda tu... terima kasih :)

KEDUA SELEPAS PERTAMA

mr faizal tu ensem tau... erk, terima kasih mr faizal :)

menu minum petang sy. jemput makan... :)

bukan tgk apapun...
tgk langsir je... maklumla, mkn sorang2...


ahbohsang

ni sebenarnya salah cucuk. doktor ckp can not, can not.
nak jugak tgk dia cucuk tgn kita. skali tgk, jarum besaq baq ang. terus paling tempat lain! jarum besar satu, ada darah kawan dlm tu!!! pastu dia cucuk kat bwh sket. apa jd kat tempat salah tu? bengkak. sampai entri ni tulis xilang2 lagi...

ni sedang menikmati makanan hospital. syukurlah dpt makan...

semasa, sebelumnya bismillahhirrahmannirrahim...

selepas. kenyang. alhamdulillah lagi

agak2 tau xmakna sign tu? pagi2, bangun tido, da ada da... tension. lapo sgt masa ni... hurm...

persalinan yg disediakan. best tau pki baju ni. xketat. hehehe... sgt memberi ruang pada badan utk bernafas dan bergerak. sekaligus mengingatkan kita yg kita ni pesakit even xsakit mana pun. ada kelebihan bila sy pki ni. sy diberi byr dulu ketika shopping gula2 kat mini market hospital hahaha... perjalanan balik ke 'bilik' ada budak kecik cakap kat mak dia, dia xsakit pun! akak mmg jln laju la dik. melenggang ni bukan pesen akak...

apatu? sy pun xberapa pasti. masa ni sy tgh gemuruh, excited nk operate. sekali lagi...

hahaha... teeettt

ni mak sy! cik kiah. opsss, bukan her name is miskiah binti ghazali. ahaks... mak sampai sebelum sy diusung ke bilik bedah. ha, bedahlah sgt. hahaha...

ini selepas semuanya siap... sy xdpt nk tunjuk keadaan sebenarnya dan mana tempat yg sepatutnya. maaf ye?...

sekian dulu untuk album ni :)

Wednesday, September 28, 2011

Assalammualaikum...

sejak dua menjak ni sy kembali dapat mesej melalui botol. macam ni...


sy angat suka. macam ni...


kau hado???

tapi

bila da xdapat, hurm... (macam ni)

Monday, September 26, 2011

Assalammualaikum...

apa khabar, uols... sihat hendaknya kan? Alhamdulillah...
well, sy ada sesuatu yg nk disharekan dgn uols, tp nntla. tunggula dulu ye?... actually, skrg ni mmg dalam keadaan yg sgt tertekan. demi nk releasekan tekanan yg melanda dlm kepala sy ni, sy melayankan jari jemari sy dgn senaman yg paling best untuk dia. kenapa sy alami tekanan? byk sebab... antaranya :

tak apalah, biar sy je yg tau...

ini cerita pagi tadi bila sy nk tinggalkan atok untuk sy pulang ke simpang renggam...

sy bersiap kemaskan diri dan barang2 biar nnt xda yg tertinggal. sy tau atok kemas2 jugak, tapi xtaula apa yg atok kemaskan. tengah sy mekap2 tu, atok dtg hulurkan not rm10 dgn rm5. sy tolak, katakan xperlu. yelah, mmg sy xperlukannya. bukan sy nk mencari musuh dgn atok, sgt jauh tu. cuma atok xpernah mcm tu, dan sy rasakan ianya xperlu.

...

lepas bersalaman dgn wak imah, sy salam atok pulak. dan kalini atok hulurkn lagi jumlah yg sama. katanya buat belanja kat tengah jalan nnt. dan katanya lagi, mak xda apa nk bg... hadoi atok... atok tua atokla, kenapa boleh jadi mak pulak?.. atok da makin lupa da...

atok, seboleh2 paksa sy utk terima pemberian dia. bukan kita jual mahal, cuma kita x biasa, je... hehehe... sy dan wak imah asik usikkan atok je... atok terasa hati x bila kami saling berceritakan tentang sikap atok yg semakin kebudak-budakan? maafkan kitorang eh atok...

wak imah bgtau sy atok ceritakan ada budak perempuan tido dgn dia... kadang2 sy berjanji untuk ambil atok dr umah wak imah, tapi bila sy ngenangkan kerja2 yg ada, sy buat2 lupa janji2 sy tu... maafkan kita eh atok. rindu nk mandikan atok la... tgu kita jumaat ni eh, atok :)


Monday, September 19, 2011

SAMBAL KICAP

Assalammualaikum...

apa khabar uols? sekarang ni sy sedang menunggu kedatangan adik2 sy yg cantik manis tu dari muar. hahaha, saja je cari pasal suh diorang dok dgn sy last minute kan? buatla perangai mcm tu, buat sakit ati mak je. sian mak xda kawan tapi along mcm xberapa nk berani la mak, lately ni. mahap ye mak...

well uols, tujuan entri kali ni sy nk ajar uols mcm mana nk buat sambal kicap yg sedap. kalau kita beli pisang goreng, kita akan suka klu dibekalkan sekali dgn sambal kicap. tapi kegembiraan kita tu terbantut dek sambal kicap yg lebih kicap daripada sambal. sapa nk jawab tu nyah? ko xreti buat sambal kicap ke? sy ni benar2 pantang la klu dapat sambal kicap yg lebih kicap, sambal xpedas dan yg seangkatan dengannya. johor ni terkenal dgn sambal kicap, so sebagai org johor, pemakan sambal kicap pulak tu, klu uols salah buat mmg POTONG SELERA lahhhh...

bukan lawan pada pisang goreng je, kita boleh lawankan dgn soto, tempe goreng (my favorite), ikan kembung yg digoreng garing, mee siput (also my favorite) ei, byk lagilah... sikit2 nk sambal kicap.kan? dulu, ada sorang kawan, org kl, bgtau sy dia xtau nk buat sambal kicap. sy ajarkan tapi sy xbgtau semuanya. hahaha... sebabnya sy xberapa nk berkenan dgn perangai dia. busuk atikan sy?... biarlah...

bahan utama untuk buat sambal kicap ni is cili


dengan


kicap

bahan di atas adalah bahan utama. selebihnya untuk lebih sedap boleh tambahkan gula, bawang putih barang seulas dua, bergantung byknya cili yg digunakan dan juga sedikit cuka masakan.

satu lagi rahsia kenapa sambal kicap sy sedap adalah kerana sy buat sambal kicap tu penuh dgn kasih syg pada org yg akan mkn dia. contohnya tempe ke grg pisang ke, sedap ke klu xda sambal kicap? sori ye? maksud sy, sambal kicap johor... sambal kicap lain sy xnk tau.

meh kita mula dengan step pertama

1)

cili padi pelbagai warna yg dah dibuang batang dan dicuci bersih. klu nk tahan lama boleh digoreng dulu cili2nya. klu xnk cili letup-letup belah dulu cilinya. see, blender mcm mana yg sy guna? dun guna blender basah lagi lepas ni ye?

2)


iklan sambal kicap ni xditaja sebenarnya tp klu lepas ni nk 'taja' i, boleh je. auwww!!!

3)


selepas di blend, cili akan jadi mcm tu. jgn cuba2 nk rasa kehalusan cilinya ye, syg? kelak tangan uols kepijau-pijauan. ahah!!!
then, masukkan gula sket... klu banyak sgt nanti boleh menyumbangkan kepada kurangnya kepedasan sambal kicap tadi.

4)


lepas letak gula, letakkan beberapa titik cuka masakan dalam sambal kicap tadi. letak cuka ni jgn ikut suka, xsedap nnt.

5)

lepas letak cuka tadi, letaklah pulak bahan utama. kicap!!! klu xletak kicap, xdalah nama sambal kicap ye, uols. klu tau, bagus. budak pandai. minum susu apa dulu?

6)

tada~~~ sambal kicap yg siap sedia nk dimkn bersama tempe grg panas. nyum nyum nyum.

tengok, tengok sama ke mcm yg kat warong simpang tu jual? jauh bezakan? mmglah nama pun berjualan tp pls back to the basic, buat something dgn 'hati'...

Thursday, September 15, 2011

HIASAN UNTUK HADIAH DIA

Assalammualaikum...

selamat pagi, uols? ceria x pagi ni? jgn biarkan mood sedih, marah, xpuas hati dan yg seangkatan dgnnya menguasai diri kita dan membiarkan ia berterusan sepanjang hari. x baik tau uols, rezeki pun 'takut' nk dtg...

well, sy sgt excited nk tunjukkan ni. semua ni pda punya pasal. klu dia x tunjuk ni semua, mesti sy xtau dan xteringin nk buat. cantik x? sy xmacam dia, byk masa nk dispendkan pada benda ni. apa pun sy akan cuba luangkan untuk satu2 objek... jari jemari sy xlah runcing mcm jari orang tu tapi jari2 sy ni byk da buat kerja, termasuklah kerja yg kat bwh ni. ini adalah sebahagian. tunggu yg lain nnt ye?...


cerita 1 :-
tajuk - kereta posmen anta poskad sy...
uols, kenderaan diatas dicipta dgn menggunakan kertas warna. keadaannya nampak xkemas sbb sy xguna pembaris. sy main potong je sbb sy nk cepat. lalalala....



cerita 2 :-
tajuk - love uols
ni love pertama yg sy buat. permulaan yg agak cantiklah jugak kan? hahaha... sy berazam akan kemaskinikan love sy ni. bukan apa, bila sy bagi adiah kawin kat kawan, sy asik buat love besar. jenuh buat love tu. sayangnya sy x amek gambar love tu :( agak2 diorang simpan x love2 besar tu?...


cerita 3 :-
tajuk - butterfly
ok, yg ni xkan xkenal? jadikan?... uols patut buat jugak. then, buat mcm sy buat. attachkan pada hadiah. xkiralah hadiah apa pun, pada sapa kita nk bagi. semua blh....


klu kita buat ni ye uols, secara x langsung ia akan menguji kesabaran kita sama ada kita mampu untuk berfikir mcm mana nk hasilkan dia dan juga mampukah untuk kita habiskan satu2 objek tu?...

selain daripada itu, benda ni akan menjadikan kita sebagai seorang yg kreatif!!!

bila kita da kreatif, kita akan ketagih nk buat benda ni tau? utk sesetengah org yg da mula kreatif dan mungkin dia byk masa, dia boleh isi masa yg terluang tu dgn membentuk apa saja yg dia nk bentuk. bila da byk terpulang la, nk diframekan pun cantik jugak. boleh buat hiasan kat meja, dinding dan sebagainya...
benda ni pun boleh dijadikan sebagai income tambahan juga tau. ingat semua org tu jarinya lembut nk lentur2 benda ni? jeng jeng jeng...
mereka yg berminat tp xtau nk buat dan jugak mls nk buat boleh order dgn uols :)

bukanlah jari sy ni lembut cuma bila da buat ni tiba2 jari sy lembut dan sy pun teruskan membuat benda ni ahah!!!



see?...
banyak idea2 kreatif yg cantik boleh dijadikan contoh. untuk permulaan, buatlah yg basic dulu, then baru tinjau2 yg complicated pulak...

selamat mencuba

Tuesday, September 13, 2011

A.Y.A.H

Assalammualaikum...

apa khabar uols? sihat2 hendaknyala ye. ada sorang pelatih sy tak dtg hari ni. jeng jeng jeng... ada 'isi' katanya. menurut tekaan kawan2 dia je. well uols, cuba tgk luar? cantikkan cuaca hari ni? selepas beberapa hari kawasan sekitar sy ni mendung dan hujan harini panasnya sgt cantik. sesetengah tempat kat utara sana banjir katanya. bersabarlah wahai saudara. itu semua dugaan. Allah SWT sedang menguji. kuat la ye...

hari ni juga hari peperiksaan upsr utk adik2 kita yg sedang berada di darjah 6. sy ingat lagi suasana darjah 6 sy, tapi sy bukan nk share yg tu. semoga adik meton tenang menjawab periksa hari ni, esok dan lusa. doa2 kami semua mengiringi usaha kalian.

sebenarnya, lama sy nk share something dgn uols. tentang seseorang yg kita semua ada. tak ada dia tak ada kita semua. ayah. sebagai anak, sy mmg akan katakan dialah ayah yg paling best berbanding ayah yg lain. dan setiap ayah mmg akan buat apa saja utk anak dia. kalu anak dia rmi, setiap permintaan mereka akan ayah yg sorang tu cuba penuhi. hebatkan kuasa ayah?

sy sebenarnya terdorong dgn cerita dr China bila sorang ayah mendermakan kulit pahanya kepada anak perempuan dia. si ayah tidak menggunakan bius kerana dia kurang berkemampuan. tapi demi anak dia rela. dalam kesakitan si ayah menunggu di sebelah anaknya yg sedang terlantar...

bukan niat sy ketepika mak. setiap kali sy ko umah, yg jawabnya mesti ayah. berckp dgn ayah pun lebih kurang je then sy bertanyakan mak. ada ketikanya bila ayah yg jawab kol, ayah sendiri yg tanya, nk ckp dgn mak ke? terasa ke hati ayah? nasib baiklah ayah tak berbunyi - mis, pegi angkat talipon tu...

selalu kita dgr ayat2 cinta kata xperlu tunggu hari bapa ke, besday ayah ke untuk bg hadiah atau ckp sy syg ayah. tapi mmg itu yg sy bt. cuma masa2 yg lain sy sedaya upaya tunjukkan syg sy pd ayah. kdg2 kita malukan? kdg2 jugak kita ego. tapi, kenapa agaknya ye?...

sy pernah buat salah besar dgn ayah tp ayah seperti fhm knp sy marahkan dia. ayah bertanyakan pd adik2 knp sy bersikap lain drpd biasa. malunya bila sy teringatkan tu semua. perasaan dan hasutan siapa yg sy dengar pun xtaulah. tapi, sy kan ada akal fikiran? xwaras ke bila berfikir dgn tenang? susah sgt ye?... tapi hubungan sy dgn ayah da elok da, seperti sebelumnya. maafkan along ye, ayah?...

ayah sy sgt peramah. tersangat peramah. dia boleh masuk dgn sapa2 pun. dan sapa2 pun akan boleh masuk dgn dia tu. ada budak dtg jual mesin jahit kat umah, ayah boleh suruh dia karaoke! tu, xda benda sgt kan?... bos ayah, beraya sekeluarga. si emak bercerita - anak2 ni yg ajak dtg raya umah ayah joe... walhal ayah ada tgh kerja kat pejabat nu... kdg2 sy cemburu tgk anak org mesranya bergurau dgn ayah sy tp sy cepat2 pujuk hati kata tu ayah sy, bukan ayah dia!

ayah sy terror tau? dia boleh repair keta, dia boleh masak. mak sy jd chef sbb ayah sylah master chefnya. ekekeke... ayah sy boleh menyanyi. sy teringatkan satu peristiwa bila sy nyanyi2 dan ayah tegur.
ayah : wah along, pandai nyanyi...
along : ayah along pandai nyanyi, x?
ayah : -senyum je-
apa lagi yg ayah sy blh bt eh? ha, ayah sy pernah menjadi org kepercayaan pasangan pengantin yg nk ayah rekod majlis diorang then jadikan cd. hahaha... hebatkan? tapi belum cukup hebat lagi. agak2 uolskan, berapa ramai anggota polis yg boleh buat bilik office sendiri kat dalam kawasan balai polis? hehehehe...

banyak yg ayah da ajarkan pd sy dan adik2. tapi sy rasa tu semua belum cukup. dan x akan cukup sampai bila2. sy xkan mampu klu ayah xda nnt. sy selalu berdoa semoga ayah diberikan kesihatan yg baik selalu. sy juga minta Allah swt lindungi ayah kat mana pun ayah berada. bukan untuk ayah je. mak jugak. sebab sy dgn adik2 sygkan kedua2nya...

p/s:
klu kita masih ada mak dgn ayah, sygi mereka...
klu mereka da tiada, doakan untuk mereka...
klu mereka pernah bt salah, maafkan dan lupakanlah...
hargai mereka selagi KITA MASIH ADA MEREKA...
tak ada mereka, tak ada kita...

Saturday, September 10, 2011

kisah dot dot dot

Assalammualaikum...

apa khabar uols? sihat sejahterala hendaknya kalian yg sy syg. lama x memblogkan diri ni, kan? selamat hari raya. hari ni hari syawal ke 12. maaf zahir batin ye, uols. terlambat ke sy ucapkan ini? klu sy terlambat, maafkan sy. sy x berkesempatan. maklum ye?... yg setia membaca, rindu sy x? rindu pada cerita2 sy x? ada ke xda ke, xpa... hahaha... banyak yg telah sy tinggalkan dan hanya sisa2nya saja yang ada. tu pun hangat2 daging ayam je. semuanya tak dapat nk di sejarahkan terus kat sini. kenapa? sibuk. sibuk yg amat sangat. bila puasa, bukanlah sibuk dgn kerja hakiki sgt tp sibuk dgn tempahan yg x seberapa. (xseberapa pun masyuuuk uols...) da masuk bulan syawal, sibuk dgn title org dapur pulak. sian kat mak lagipun tulah tanggungjawab sy bila ry dtg. mmg susah nk tgk sy dok bergaul raya dgn sedara kat ruang tamu tu. bukan apa, takut gelas tak xabes cuci, tetamu baru dtg... bila berkesempatan beraya, tak tau pulak kemana nk dituju tp alhamdulillah bila dapat jumpa kak nor comel kat umah dia. kesempatan tu terjadi bila usai memenuhi undangan walimah urus zura dan pasangan. sangat seronok bersembang2 dgn kak nor. mcm2 yg kami sharekan? em, sy dgn share? jgn cuba nk pisah2kan eh... sy bab nnt!

hehe... mana yg sy nk ceritakan dulu?
1) kisah sy bereksiden dan bertegang kata dgn minah yg sedikit tak sihat...
2) kisah baju customer yg xsiap jahit manik...
3) kisah kawan xnk beraya umah sy gara2 umah sy jauh...
4) kisah sy berurut demi nk cantik...
5) kisah sy lapar berhari2 walaupun mkn byk...
6) kisah umah ayah berbunyi alarm pg2 buta tp kita satu umah xsedar...
7) kisah sy tgu kedatangan adam tp adam asik kensel je...
8) kisah sy da byr deposit operation tp terpaksa dibatalkan...
9) kisah sy rindukan dia...
10) kisah kelakar sy dgn atok... :)

hehehe... sy suka semua cerita tu walaupun ada cerita yg menjengkelkan, ada cerita yang menguji kesabaran sy yg xdala kuat sgt tahap kesabarannya, ada cerita yg membuatkan sy sgt marah, ada cerita yg seperti menyentuh perasaan sy dan mcm2 lagi. masa sesetengah cerita terjadi, mcm asam je kan? tapi semua tu jd manis bila dikenang2 balik... sy suka :)




sy nk cerita tp sekarang sy da penat. sy penat kera arini sy mengukur jalan dr simpang renggam, ke pontian, ke rengit, ke bp. dan balik ke simpang renggam, semula...

gud nite syg sy :)


Friday, August 5, 2011

...


ini boleh jadi sy...


kenapa agaknya sy pilih untuk buat ni? sy pun tak tau... apa yg sy dpt dgn melayankan benda2 ni semua? tu pun sy tak tau... sy tak ada jawapan yg betul dan sesuai untuk diri sy sendiri.





cuba awak ditempat sy...

mcm ni...


atau ni


atau pun yg ini



Thursday, August 4, 2011

Cerita Kita Slideshow

Cerita Kita Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Cerita Kita Slideshow ★ to Johor Bahru. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

cinta dan kasih

Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan

Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka

oh sayangku


1


2


3


4


sy melted bila awk panggil nama sy


macam ni

...


dah...