Total Pageviews

Saturday, November 8, 2014

Nur Aminah Syahamah

Assalammualaikum

entri kali ni nak tayang anak sulung saya. sebenarnya, dulu ada yang sulung tapi ditakdirkan umur dia tak panjang. Alhamdulillah, Allah gantikan dengan Aminah tak lama lepas tu. masih ternampak lagi moment2 manis bila tau Aminah nak jadi nyawa kat dalam perut. 


hihihi










sekian :)l

Friday, October 24, 2014



assalammualaikum

lebih setahun tak buat sesi show off kat sini. how come mereka boleh spent time kat blog ha, dengan anak, dengan kerjaya, dengan life yang ntah apa2 and one more thing malas. tapi kalau malas tak kan nk mengupdate, betul tak?

sejak ada aminah ni, semuanya jadi best. rasa sayang nak tinggalkan aminah masa nk pegi keja. balik pun nak cepat je padahal hari2 tiba lewat. harap2 semua ni akan berlalu dengan cepat. 

perkembangan baru aminah is sekarang ni aminag da pandai gosok gigi sendiri. wah, puji anak sendiri ko. hado!!! walaupun aminah gosok tak betul, tak bersih, gigit2 berustapi bila kita hulur kat dia berus gigi tu taulah dia function alat tu. hari2 mak tanya kenapa aminah nangis lepas kuar bilik air. the answer in ibu paksa aminah gosok gigi. job gosok gigi bertukar kpd ibu bila aminah dah leka memain air. dr awal tak jaga gigi dia bebetul. asal dia tolak tangan ibu, kita pun, ok la. sampai lah tahap gigi da mula tak cantik. oh, no! i must do something. no more berlembut bila bab gigi ni. 

kalau ibu tak dapat gosok, memadailah bila aminag gosok sendiri and ibu terima sahaja hasilnya tapi tunggulah kalau mandi petang. hehehe... 

what else?

oh ye, sesi memuji babah aminah pula. 

yes, babah aminah (dia panggil aminah dengan nama syahamah) memang pandai jaga aminah. aminah suka main dengan babah dia. i dont know dr mana babah aminah dapat kesabaran bila layankan aminah yg tak nak tido malam. babah aminah kreatif tau bila nk layankan aktiviti aminah. babah kata aminah tak menangis pun bila dengan babah. wow! tapi dalam hati, ibu sikit jeles sebab aminah akan nangis kalau dengan ibu. 


ok, enough la untuk entry kali ni. nak sambung peluk aminah. good bye everyone.

Thursday, February 28, 2013

dunia baru

assalammualaikum...

dekat setahun saya tinggalkan dunia blog sy ni. sekarang sy datang kembali. sy tak seorang sekarang sebab sy da berbadan dua dan my baby already 26weeks in my womb! what da suprise kan uols? maunya uols ckp kejap je... pejam celik pejam celik... dan sebagainya, kan? kan? kan? 

hampir setahun ni jugakla mcm2 suka duka pahit manis yang terjadi. yg manis mmgla kitasuka. yg pahit, kalau kita tak kuat, kita tak mampu "bangkit" pun. Allah je yang tau hikmah semua perkara terjadi kat sekeliling kita ni. ada ketika semua terjawab dalam sekelip mata dan sebaliknya. Allah juga yang tau bila satu2 kebenaran nk datang untuk betulkan keadaan yang pernah manusia kusutkan. 

banyak benda dan gambar2 mahal yang nak disharekan pada uols. gambar sy bersama suami, gambar sy dengan mak ayah, gambar apa yg sy makan, gambar baju2 cantik, gambar sy makan angin tgk ayam serama! gambar sy dgn zaidi. ops, zaidi? siapa zaidi? sy la ibu along zaidi. sy da jadi mak sedara! ye, sy tau kalau buat blog takde gambar mmg tak sah! tau sangat da.




even uols da tgk video sy, ni sy nk tunjuk lagi. jangan muntah ye :)

jumpa lagi :)

Saturday, May 26, 2012

the making...

assalammualaikum...

apa khabar? diam tak diam da hampir sebulan sy bergelar isteri kepada jaafar bin othman. sekarang, sy sedang merindui dia. rindu sgt2. abg jauh kat atas utara sana. apa yg abg tgh buat sekarang ni? sibuk utk majlis sebelah laki kot... sy kat sini sedang berkira2 nak buat baju lagi tau tak ye? hehehe... 

well, apa yg sy nak tunjukkan sebenarnya beberapa gambar lain koleksi peribadi drpd sy sendiri. setiap gambar mmg ada nilai tersendiri. daripada baju, hantaran, goodies, even hiasan pelamin, ada ceritanya. bukan senang bila keinginan mengatasi kemampuan. ikutkan hati kek kawin pun nk buat sendiri. nasib baikla akal cepat2 pujuk hati, xkan sempat nk buat sendiri semuanya! dan sehingga sekarang, sy rasa mcm nk buat majlis sekali lagi je. ehehehe...

ok, tak nak menulis byk, berenjoylah setiap gambar ye?...






goodies utk tetamu






 gula kapas utk kiddo




 hiasan pelamin


                                      bawah ni sebahagian hantaran kepada pihak sebelah suami





yg ni, saja2 ja bha...


sekian dulu...

tunggu gambar yg akan datang ye...


:)


Saturday, May 19, 2012

emah (4 keping gambar)

assalammualaikum...

apa khabar uols? sihat hendaknya la ye?. alhamdulillah. lama x dok ngadap depan laptop dgn melayan benda2 macam nikan? patutlah kepala rasa berat semacam je. apa yg nak dishare sgt? xda apa pun, cuma gambar ringan2 je. gambar ni kadang2 boleh buat kita ketawa, terharu, sedih, marah dan macam2 lagi perasaan. gambar mampu meluahkn apa saja tp sy xpandai nk berbahasa melalui gambar. sekadar pose, tu jela bakat mak!!! hahaha... sy suka buat benda2 mcm ni. hahaha... kau hado? opsss, maafkn emah, abg. emah terleybeh... hahaha... enjoy la ye, nnt2 sy share gambar lain pulak. da....




:)