Total Pageviews

Wednesday, September 28, 2011

Assalammualaikum...

sejak dua menjak ni sy kembali dapat mesej melalui botol. macam ni...


sy angat suka. macam ni...


kau hado???

tapi

bila da xdapat, hurm... (macam ni)

Monday, September 26, 2011

Assalammualaikum...

apa khabar, uols... sihat hendaknya kan? Alhamdulillah...
well, sy ada sesuatu yg nk disharekan dgn uols, tp nntla. tunggula dulu ye?... actually, skrg ni mmg dalam keadaan yg sgt tertekan. demi nk releasekan tekanan yg melanda dlm kepala sy ni, sy melayankan jari jemari sy dgn senaman yg paling best untuk dia. kenapa sy alami tekanan? byk sebab... antaranya :

tak apalah, biar sy je yg tau...

ini cerita pagi tadi bila sy nk tinggalkan atok untuk sy pulang ke simpang renggam...

sy bersiap kemaskan diri dan barang2 biar nnt xda yg tertinggal. sy tau atok kemas2 jugak, tapi xtaula apa yg atok kemaskan. tengah sy mekap2 tu, atok dtg hulurkan not rm10 dgn rm5. sy tolak, katakan xperlu. yelah, mmg sy xperlukannya. bukan sy nk mencari musuh dgn atok, sgt jauh tu. cuma atok xpernah mcm tu, dan sy rasakan ianya xperlu.

...

lepas bersalaman dgn wak imah, sy salam atok pulak. dan kalini atok hulurkn lagi jumlah yg sama. katanya buat belanja kat tengah jalan nnt. dan katanya lagi, mak xda apa nk bg... hadoi atok... atok tua atokla, kenapa boleh jadi mak pulak?.. atok da makin lupa da...

atok, seboleh2 paksa sy utk terima pemberian dia. bukan kita jual mahal, cuma kita x biasa, je... hehehe... sy dan wak imah asik usikkan atok je... atok terasa hati x bila kami saling berceritakan tentang sikap atok yg semakin kebudak-budakan? maafkan kitorang eh atok...

wak imah bgtau sy atok ceritakan ada budak perempuan tido dgn dia... kadang2 sy berjanji untuk ambil atok dr umah wak imah, tapi bila sy ngenangkan kerja2 yg ada, sy buat2 lupa janji2 sy tu... maafkan kita eh atok. rindu nk mandikan atok la... tgu kita jumaat ni eh, atok :)


Monday, September 19, 2011

SAMBAL KICAP

Assalammualaikum...

apa khabar uols? sekarang ni sy sedang menunggu kedatangan adik2 sy yg cantik manis tu dari muar. hahaha, saja je cari pasal suh diorang dok dgn sy last minute kan? buatla perangai mcm tu, buat sakit ati mak je. sian mak xda kawan tapi along mcm xberapa nk berani la mak, lately ni. mahap ye mak...

well uols, tujuan entri kali ni sy nk ajar uols mcm mana nk buat sambal kicap yg sedap. kalau kita beli pisang goreng, kita akan suka klu dibekalkan sekali dgn sambal kicap. tapi kegembiraan kita tu terbantut dek sambal kicap yg lebih kicap daripada sambal. sapa nk jawab tu nyah? ko xreti buat sambal kicap ke? sy ni benar2 pantang la klu dapat sambal kicap yg lebih kicap, sambal xpedas dan yg seangkatan dengannya. johor ni terkenal dgn sambal kicap, so sebagai org johor, pemakan sambal kicap pulak tu, klu uols salah buat mmg POTONG SELERA lahhhh...

bukan lawan pada pisang goreng je, kita boleh lawankan dgn soto, tempe goreng (my favorite), ikan kembung yg digoreng garing, mee siput (also my favorite) ei, byk lagilah... sikit2 nk sambal kicap.kan? dulu, ada sorang kawan, org kl, bgtau sy dia xtau nk buat sambal kicap. sy ajarkan tapi sy xbgtau semuanya. hahaha... sebabnya sy xberapa nk berkenan dgn perangai dia. busuk atikan sy?... biarlah...

bahan utama untuk buat sambal kicap ni is cili


dengan


kicap

bahan di atas adalah bahan utama. selebihnya untuk lebih sedap boleh tambahkan gula, bawang putih barang seulas dua, bergantung byknya cili yg digunakan dan juga sedikit cuka masakan.

satu lagi rahsia kenapa sambal kicap sy sedap adalah kerana sy buat sambal kicap tu penuh dgn kasih syg pada org yg akan mkn dia. contohnya tempe ke grg pisang ke, sedap ke klu xda sambal kicap? sori ye? maksud sy, sambal kicap johor... sambal kicap lain sy xnk tau.

meh kita mula dengan step pertama

1)

cili padi pelbagai warna yg dah dibuang batang dan dicuci bersih. klu nk tahan lama boleh digoreng dulu cili2nya. klu xnk cili letup-letup belah dulu cilinya. see, blender mcm mana yg sy guna? dun guna blender basah lagi lepas ni ye?

2)


iklan sambal kicap ni xditaja sebenarnya tp klu lepas ni nk 'taja' i, boleh je. auwww!!!

3)


selepas di blend, cili akan jadi mcm tu. jgn cuba2 nk rasa kehalusan cilinya ye, syg? kelak tangan uols kepijau-pijauan. ahah!!!
then, masukkan gula sket... klu banyak sgt nanti boleh menyumbangkan kepada kurangnya kepedasan sambal kicap tadi.

4)


lepas letak gula, letakkan beberapa titik cuka masakan dalam sambal kicap tadi. letak cuka ni jgn ikut suka, xsedap nnt.

5)

lepas letak cuka tadi, letaklah pulak bahan utama. kicap!!! klu xletak kicap, xdalah nama sambal kicap ye, uols. klu tau, bagus. budak pandai. minum susu apa dulu?

6)

tada~~~ sambal kicap yg siap sedia nk dimkn bersama tempe grg panas. nyum nyum nyum.

tengok, tengok sama ke mcm yg kat warong simpang tu jual? jauh bezakan? mmglah nama pun berjualan tp pls back to the basic, buat something dgn 'hati'...

Thursday, September 15, 2011

HIASAN UNTUK HADIAH DIA

Assalammualaikum...

selamat pagi, uols? ceria x pagi ni? jgn biarkan mood sedih, marah, xpuas hati dan yg seangkatan dgnnya menguasai diri kita dan membiarkan ia berterusan sepanjang hari. x baik tau uols, rezeki pun 'takut' nk dtg...

well, sy sgt excited nk tunjukkan ni. semua ni pda punya pasal. klu dia x tunjuk ni semua, mesti sy xtau dan xteringin nk buat. cantik x? sy xmacam dia, byk masa nk dispendkan pada benda ni. apa pun sy akan cuba luangkan untuk satu2 objek... jari jemari sy xlah runcing mcm jari orang tu tapi jari2 sy ni byk da buat kerja, termasuklah kerja yg kat bwh ni. ini adalah sebahagian. tunggu yg lain nnt ye?...


cerita 1 :-
tajuk - kereta posmen anta poskad sy...
uols, kenderaan diatas dicipta dgn menggunakan kertas warna. keadaannya nampak xkemas sbb sy xguna pembaris. sy main potong je sbb sy nk cepat. lalalala....



cerita 2 :-
tajuk - love uols
ni love pertama yg sy buat. permulaan yg agak cantiklah jugak kan? hahaha... sy berazam akan kemaskinikan love sy ni. bukan apa, bila sy bagi adiah kawin kat kawan, sy asik buat love besar. jenuh buat love tu. sayangnya sy x amek gambar love tu :( agak2 diorang simpan x love2 besar tu?...


cerita 3 :-
tajuk - butterfly
ok, yg ni xkan xkenal? jadikan?... uols patut buat jugak. then, buat mcm sy buat. attachkan pada hadiah. xkiralah hadiah apa pun, pada sapa kita nk bagi. semua blh....


klu kita buat ni ye uols, secara x langsung ia akan menguji kesabaran kita sama ada kita mampu untuk berfikir mcm mana nk hasilkan dia dan juga mampukah untuk kita habiskan satu2 objek tu?...

selain daripada itu, benda ni akan menjadikan kita sebagai seorang yg kreatif!!!

bila kita da kreatif, kita akan ketagih nk buat benda ni tau? utk sesetengah org yg da mula kreatif dan mungkin dia byk masa, dia boleh isi masa yg terluang tu dgn membentuk apa saja yg dia nk bentuk. bila da byk terpulang la, nk diframekan pun cantik jugak. boleh buat hiasan kat meja, dinding dan sebagainya...
benda ni pun boleh dijadikan sebagai income tambahan juga tau. ingat semua org tu jarinya lembut nk lentur2 benda ni? jeng jeng jeng...
mereka yg berminat tp xtau nk buat dan jugak mls nk buat boleh order dgn uols :)

bukanlah jari sy ni lembut cuma bila da buat ni tiba2 jari sy lembut dan sy pun teruskan membuat benda ni ahah!!!



see?...
banyak idea2 kreatif yg cantik boleh dijadikan contoh. untuk permulaan, buatlah yg basic dulu, then baru tinjau2 yg complicated pulak...

selamat mencuba

Tuesday, September 13, 2011

A.Y.A.H

Assalammualaikum...

apa khabar uols? sihat2 hendaknyala ye. ada sorang pelatih sy tak dtg hari ni. jeng jeng jeng... ada 'isi' katanya. menurut tekaan kawan2 dia je. well uols, cuba tgk luar? cantikkan cuaca hari ni? selepas beberapa hari kawasan sekitar sy ni mendung dan hujan harini panasnya sgt cantik. sesetengah tempat kat utara sana banjir katanya. bersabarlah wahai saudara. itu semua dugaan. Allah SWT sedang menguji. kuat la ye...

hari ni juga hari peperiksaan upsr utk adik2 kita yg sedang berada di darjah 6. sy ingat lagi suasana darjah 6 sy, tapi sy bukan nk share yg tu. semoga adik meton tenang menjawab periksa hari ni, esok dan lusa. doa2 kami semua mengiringi usaha kalian.

sebenarnya, lama sy nk share something dgn uols. tentang seseorang yg kita semua ada. tak ada dia tak ada kita semua. ayah. sebagai anak, sy mmg akan katakan dialah ayah yg paling best berbanding ayah yg lain. dan setiap ayah mmg akan buat apa saja utk anak dia. kalu anak dia rmi, setiap permintaan mereka akan ayah yg sorang tu cuba penuhi. hebatkan kuasa ayah?

sy sebenarnya terdorong dgn cerita dr China bila sorang ayah mendermakan kulit pahanya kepada anak perempuan dia. si ayah tidak menggunakan bius kerana dia kurang berkemampuan. tapi demi anak dia rela. dalam kesakitan si ayah menunggu di sebelah anaknya yg sedang terlantar...

bukan niat sy ketepika mak. setiap kali sy ko umah, yg jawabnya mesti ayah. berckp dgn ayah pun lebih kurang je then sy bertanyakan mak. ada ketikanya bila ayah yg jawab kol, ayah sendiri yg tanya, nk ckp dgn mak ke? terasa ke hati ayah? nasib baiklah ayah tak berbunyi - mis, pegi angkat talipon tu...

selalu kita dgr ayat2 cinta kata xperlu tunggu hari bapa ke, besday ayah ke untuk bg hadiah atau ckp sy syg ayah. tapi mmg itu yg sy bt. cuma masa2 yg lain sy sedaya upaya tunjukkan syg sy pd ayah. kdg2 kita malukan? kdg2 jugak kita ego. tapi, kenapa agaknya ye?...

sy pernah buat salah besar dgn ayah tp ayah seperti fhm knp sy marahkan dia. ayah bertanyakan pd adik2 knp sy bersikap lain drpd biasa. malunya bila sy teringatkan tu semua. perasaan dan hasutan siapa yg sy dengar pun xtaulah. tapi, sy kan ada akal fikiran? xwaras ke bila berfikir dgn tenang? susah sgt ye?... tapi hubungan sy dgn ayah da elok da, seperti sebelumnya. maafkan along ye, ayah?...

ayah sy sgt peramah. tersangat peramah. dia boleh masuk dgn sapa2 pun. dan sapa2 pun akan boleh masuk dgn dia tu. ada budak dtg jual mesin jahit kat umah, ayah boleh suruh dia karaoke! tu, xda benda sgt kan?... bos ayah, beraya sekeluarga. si emak bercerita - anak2 ni yg ajak dtg raya umah ayah joe... walhal ayah ada tgh kerja kat pejabat nu... kdg2 sy cemburu tgk anak org mesranya bergurau dgn ayah sy tp sy cepat2 pujuk hati kata tu ayah sy, bukan ayah dia!

ayah sy terror tau? dia boleh repair keta, dia boleh masak. mak sy jd chef sbb ayah sylah master chefnya. ekekeke... ayah sy boleh menyanyi. sy teringatkan satu peristiwa bila sy nyanyi2 dan ayah tegur.
ayah : wah along, pandai nyanyi...
along : ayah along pandai nyanyi, x?
ayah : -senyum je-
apa lagi yg ayah sy blh bt eh? ha, ayah sy pernah menjadi org kepercayaan pasangan pengantin yg nk ayah rekod majlis diorang then jadikan cd. hahaha... hebatkan? tapi belum cukup hebat lagi. agak2 uolskan, berapa ramai anggota polis yg boleh buat bilik office sendiri kat dalam kawasan balai polis? hehehehe...

banyak yg ayah da ajarkan pd sy dan adik2. tapi sy rasa tu semua belum cukup. dan x akan cukup sampai bila2. sy xkan mampu klu ayah xda nnt. sy selalu berdoa semoga ayah diberikan kesihatan yg baik selalu. sy juga minta Allah swt lindungi ayah kat mana pun ayah berada. bukan untuk ayah je. mak jugak. sebab sy dgn adik2 sygkan kedua2nya...

p/s:
klu kita masih ada mak dgn ayah, sygi mereka...
klu mereka da tiada, doakan untuk mereka...
klu mereka pernah bt salah, maafkan dan lupakanlah...
hargai mereka selagi KITA MASIH ADA MEREKA...
tak ada mereka, tak ada kita...

Saturday, September 10, 2011

kisah dot dot dot

Assalammualaikum...

apa khabar uols? sihat sejahterala hendaknya kalian yg sy syg. lama x memblogkan diri ni, kan? selamat hari raya. hari ni hari syawal ke 12. maaf zahir batin ye, uols. terlambat ke sy ucapkan ini? klu sy terlambat, maafkan sy. sy x berkesempatan. maklum ye?... yg setia membaca, rindu sy x? rindu pada cerita2 sy x? ada ke xda ke, xpa... hahaha... banyak yg telah sy tinggalkan dan hanya sisa2nya saja yang ada. tu pun hangat2 daging ayam je. semuanya tak dapat nk di sejarahkan terus kat sini. kenapa? sibuk. sibuk yg amat sangat. bila puasa, bukanlah sibuk dgn kerja hakiki sgt tp sibuk dgn tempahan yg x seberapa. (xseberapa pun masyuuuk uols...) da masuk bulan syawal, sibuk dgn title org dapur pulak. sian kat mak lagipun tulah tanggungjawab sy bila ry dtg. mmg susah nk tgk sy dok bergaul raya dgn sedara kat ruang tamu tu. bukan apa, takut gelas tak xabes cuci, tetamu baru dtg... bila berkesempatan beraya, tak tau pulak kemana nk dituju tp alhamdulillah bila dapat jumpa kak nor comel kat umah dia. kesempatan tu terjadi bila usai memenuhi undangan walimah urus zura dan pasangan. sangat seronok bersembang2 dgn kak nor. mcm2 yg kami sharekan? em, sy dgn share? jgn cuba nk pisah2kan eh... sy bab nnt!

hehe... mana yg sy nk ceritakan dulu?
1) kisah sy bereksiden dan bertegang kata dgn minah yg sedikit tak sihat...
2) kisah baju customer yg xsiap jahit manik...
3) kisah kawan xnk beraya umah sy gara2 umah sy jauh...
4) kisah sy berurut demi nk cantik...
5) kisah sy lapar berhari2 walaupun mkn byk...
6) kisah umah ayah berbunyi alarm pg2 buta tp kita satu umah xsedar...
7) kisah sy tgu kedatangan adam tp adam asik kensel je...
8) kisah sy da byr deposit operation tp terpaksa dibatalkan...
9) kisah sy rindukan dia...
10) kisah kelakar sy dgn atok... :)

hehehe... sy suka semua cerita tu walaupun ada cerita yg menjengkelkan, ada cerita yang menguji kesabaran sy yg xdala kuat sgt tahap kesabarannya, ada cerita yg membuatkan sy sgt marah, ada cerita yg seperti menyentuh perasaan sy dan mcm2 lagi. masa sesetengah cerita terjadi, mcm asam je kan? tapi semua tu jd manis bila dikenang2 balik... sy suka :)




sy nk cerita tp sekarang sy da penat. sy penat kera arini sy mengukur jalan dr simpang renggam, ke pontian, ke rengit, ke bp. dan balik ke simpang renggam, semula...

gud nite syg sy :)