Total Pageviews

Tuesday, March 29, 2011

kisah atok dengan duitnya

Assalammualaikum...

hujung minggu yang lepas, seperti yg sebelum-sebelumnya, sy menghabiskan masa cuti kat kampung. petang jumaat tu selamat sampai da. maghrib tu atok ngadu duit dia hilang. pada fikiran sy duit dia cuma dalam beg hijau yg memang dia bw ke hulur ke hilir. misal kata dia kat umah kami dan kami nk keluar, dia akan kami hantar ke umah makcik yang berdekatan. dia da tak larat berjalan. kalau kuat, dialah yg excited nak ikut. penah sy bawakan dia ke bukit gambir. dalam perjalanan ke bukit, sy bertanyakan seronok ke jalan-jalan? dia jawab seronok. ya, sy tengok dia seronok sy pun turut beronok-ronok... harharhar... balik dari bukit gambir, lepas zohor tu sekali lagi sy terpaksa keluar. atok sy ingat nk antar ke umah makcik memandangkan perjalanannya agak jauh tapi sebolehnya dia nk ikut.

atok : aku tak pernah pergi lenga... sayunya dia menjawab.
cucu : yela tu tak pernah pergi.

melihatkan atok dalam kereta, mak terkejut. sy ceritakan semua pada mak dan mak ye kan saja... dalam perjalanan ke lenga atok cakap jauhnya macam pergi singapor.

mak : mak penah pergi singapor ke?
aku tergelak. mak menjeling senyum. atok, atok...

berbalik pada cerita atok hilang duit tadi, sy ngadukan pada mak. mak risau. memang mak orang paling risau bila atok cakap barang-barang dia hilang. sebelum ni masa banjir aritu, gelang rantai dia hilang. padahal tak hilang. banjir-banjir kami redah balik ke umah, mak sendiri naik ke loteng dan mak sendiri yang cari emas-emah atok tu. wah, rantai, gelang, cincin dia fuhhh kalah sy punya!!! mak pun ada satu je rantai. kalau tak kerana wak imon telefon dari jauh sampaikan salam atok kata rantai hilang, memang kat atas jela emas-emas tu...

sampai ke tengah malam atok tak tido-tido. dia tak boleh tido. berkali-kali sy selaku cucunya paling baik ni suruh dia tido tapi dia asyik cakap duit dia hilang. berapa kali dia bangun kemas beg-beg dia yang ada untuk cari duit.

atok : kalu nak curi tu tinggalkanla separuh. janganlah amek semua. tu duit buat pegang-pegang aku...
cucuc: atok, tidola ye? esok pagi kita tolong carikan... (sekadar lembutan yg dibuat-buat untuk menunjukkan betapa lembutnya saya. auwww!!!

esok paginya masa atok dok berdua makan durian dengan ayah, atok ngadu pula pada ayah. ayah suruh sy cari duit atok. nasib baik kerja-kerja dapur da nak siap. terus sy ke bilik dan tengok bawah katil. adapun beg hijau dia!!!

sy buka beg hijau tu dan keluarkan barang-barang yang ada. pernah sy buka beg tu kerana beg tu sangat penting pada atok. sebab nk tau isinya, beg itu dibuka bila beg da masuk kedalam boot kereta. atok kan terus masuk dan duduk di seat tetap dia. beg-beg dia semua tu memang keja sy lagi yang bawa keluar masuk umah. hai, cucu.. cucu... bila tengok je celah-celah barang dalam beg hijau tu memang sy jumpa duit. duitnya sepah-sepah kat tempat paling bawah beg tu. tapi sekali lagi nak bagitau ni, sy ni cucu paling baik singgit pun sy tak ambil dari dalam beg tu tau? selama ni, rupa-rupanya beg tu berisi lebih dr RM5K you know!!! RM5K tu haku usung ke hulu ke hilir!!! tapi sy xtau pulak sampai sebanyak tu... hehehehe...

bila da keluar barang-barang dari beg atok tu, sy terkejut bila duit dalam beg dia sepah-sepah. yg belipatla, bergulung dengan getah la, dalam sapu tanga je ada berapa, yg dalam sampul surat duit dr kebun sari lagi, not Rmserat je da 27 keping, not RM50 je sampai da xboleh dipegang-pegang. terpaksa di lipat dan satukan untuk kumpulkan yg lain pula.... memang xkira duit atok sebab teeeeerlalu banyak. susun duit pun sampai naik mual, lagi nak kira? ingatkan duit-duit tu semua da habis keluarkan tapi hey, banyaknya beg atok!!! patutlah maman emi pegi rajin sangat kira duit atok sampai berhari-hari dia kira!!! kalau sy pun rajin macam maman emi, mmg tak siaplah hantaran-hantaran untuk jakpa syg. hahaha...

p/s-makluman semua, bawah katil sy ada lebih drpd RM5K pada setiap hujung minggu :)

No comments:

Post a Comment

well, sila-silakanlah